About this blog

“Indahnya perkenalan jika bersulamkan keikhlasan, moleknya persahabatan andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika kekal selamanya”

music

Powered by Blogger.
RSS

Hatiku Rindu saat bersamamu

Bila angin mula menderu,
cinta bagai diombak pilu,
kasih bagai dirantai kelu,
cinta itu sangat sayu ,
hingga aku dalam delima rindu.

cinta, janganlah kau pergi jauh dari mata,
jangan kau pergi membawa prasangka,
kembalilah pada hati yang setia,
pulanglah pada jiwa yang meronta.

cinta, kita sudah lama bersama,
tidakkah kau rindu pada lelah nafas asmara,
tidakkah kau ingin bergurau senda,
atau, kini kau lupa segala memori bersama.

walau ia luput dimindamu,
walau ia hilang di kotak ingatanmu,
aku ingin kau tahu satu...
Hatiku Rindu saat bersamamu.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semarakkan Cinta

Dlm hubungan suami isteri ataupun saat bcinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta d hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips myemarakkan cinta d bwh ini:
1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cinta..cinta..cinta..

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain….Tetapi Menjadi Diri Sendiri…..Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi…..Jika Dia Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita….Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita...

Cinta Itu Tidak Memerlukan Sebarang Syarat….Cinta Itu Adalah Apabila Kita Dilihat ‘Cantik’ Dimata Org Yg Menyintai Kita Ketika Org Lain Tidak Tahu Di Mana Letaknya Keistimewaan Kita…..Cinta Itu Juga Adalah Suatu Keinginan Untuk Melihat Org Yg Kita Cintai Itu Bahagia Dan Gembira Walaupun Dia Sendiri Tidak Menyedari Akan Kewujudan Kita….Adakalanya Kita Begitu Mencari Cinta Yg Jauh Sehingga Terlupa Akan Cinta Yg Sebenarnya Selama Ini Ada Dihadapan Kita…Memberikan Segala Sokongan….Mengambil Berat Akan Hal Kita….Tapi Sudah Menjadi Adat Manusia…Yg Jauh Asyik Teringat….Yg Ada Di Depan Mata Langsung Tak Terpikat .....

kenapa yerr???..

Erm.. agaknya mungkin sebab  KADANGKALA ORANG YANG PALING MENCINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA. DAN BILA DIA SUATU MASA HILANG DARI PANDANGANMU….KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI…. 

erm.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Andai Dia Bukan Milikku

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

"Ya ALLAH..jika dia milikku,dekatkan lah hati kami.satukan kami di bwah cintaMU..tetapi ya ALLAH..sekiranya dia bukan milikku dan bukan yang terbaik untukku,Kau jauhkan lah kami agar kami tidak menyakiti antara satu sama lain.".....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasihat cinta.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi dan cintai. 
Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. 
Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. 
Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. 

Tetapi..
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jika kita akan menyintai..

Hati kita sering terusik oleh orang yang berbuat baik atau berbudi kepada kita.
Timbulah cinta, cinta yang dapat membuat kita gembira mlahan sanggup berkorban.
kita cinta kepada ibu bapa yang sudah banyak memberi kebaikan,  kitapun cinta kepada siapa saja yang membuat kita rasa bahagia.
Tapi sesungguhnya semua yang baik hanyalah dari Allah. sedangkan makhluk hanyalah nikmat yang Dia berikan kepada kita.
Oleh karena itu jikalau kita akan menyintai, maka cintailah Allah dan nikmat yang diberikanNYA iaitu seseorang yang digelar sebagai insan yang diciptakan untuk kita.
Dialah Allah,  Maha Pencinta.
Dialah Allah yang layak kita cintai dengan sepenuh hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hatiku dilukai.

Aku mengenalnya enam tahun yg lalu. Pertemuanku dengannya bermula secara tidak sengaja. Waktu itu no telefon rakan kakak tersalah dail ke no telefonku. Lalu kerana teruja, aku miscall dan mula bermain sms. Kami lalu berjanji untuk bertemu di satu restoran tempat aku bekerja… Pertemuan itu biasa saja bagiku, tak ada yg istimewa yg kulihat padanya. Orangnya biasa saja, setelah beberapa lama bermain kata dan mata, tanpa aku sedari aku telah jatuh cinta. setelah beberapa waktu menjalin kemesraan.. Pada satu hari dia mengatakan yang dia dapat  peluang pekerjaan di selatan tanah air, tapi entah mengapa disaat dia mengatakan dia ingin pergi, aku cuma mengiyakan sahaja tanpa mempersoalkan apa-apa, walhal aku tahu yang ketika itu dia akan tinggal dan bekerja jauh dari ku, agaknya ini yang dikatakan cinta jarak jauh. 

Cinta memang sukar sekali dijangka. Tak ada yg tau siapa yg bakal menjadi pendamping kita satu hari nanti. Mungkinkah orang yg sedang bersama dengan kita saat ini akan tetap menemani dlm suka dan duka?? Entah lah...

Hubungan jarak jauh itu kami lakukan atas dasar saling percaya meski pun sebenarnya aku masih membuka pintu hatiku untuk wanita lain, barangkali ada yg lebih baik dari dia. Tapi ternyata cuma dia sahaja yg begitu mengerti dan selalu memberi perhatian padaku walaupun terpisah jarak yang begitu jauh.

Beberapa tahun berlalu, hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Kami sama2  masih memegang teguh keyakinan masing2 walaupun kadang2 kami selalu bergaduh hingga suatu saat hubungan kami memang benar2 harus diakhiri. masing-masing ego dan tidak mudah mengalah. Walau bagaimana pun dia ternyata tak sebaik yg aku kira. Dibelakangku rupanya ia telah menjalin cinta dengan lelaki lain dan mereka telah pun terlanjur… Hatiku hancur bagai dihiris-hiris bagai sembilu. Air mataku menitis tak tertahan-tahan lagi. Ingin rasanya aku mendengar dari bibirnya bahawa semua itu hanya senda gurau belaka. Tapi dia hanya terdiam dan hanya mengiyakan semuanya, lebih-lebih lagi dalam waktu terdekat ini dia akan menikah dengan lelaki tersebut.
Mengapa semua harus berakhir seperti ini?? padahal aku benar-benar telah jatuh cinta kepadanya. Mengapa harus ada pertemuan itu jika hanya harus mendatangkan luka di hati yg tidak mungkin boleh diubati??.
Bagiku dia adalah jiwaku dan kini jiwaku telah mati bersamanya. Entah kenapa aku tak pernah melupakannya padahal ia telah menyiksa jiwaku. Aku masih teramat sangat mencintainya hingga ketika ini, dan biar saja waktu yg menentukan kemana harus kubawa semua kenangan ini, kenangan indah tentangnya yg mustahil untuk kuhapuskan dari hatiku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 27, 2012

Hatiku Rindu saat bersamamu

Bila angin mula menderu,
cinta bagai diombak pilu,
kasih bagai dirantai kelu,
cinta itu sangat sayu ,
hingga aku dalam delima rindu.

cinta, janganlah kau pergi jauh dari mata,
jangan kau pergi membawa prasangka,
kembalilah pada hati yang setia,
pulanglah pada jiwa yang meronta.

cinta, kita sudah lama bersama,
tidakkah kau rindu pada lelah nafas asmara,
tidakkah kau ingin bergurau senda,
atau, kini kau lupa segala memori bersama.

walau ia luput dimindamu,
walau ia hilang di kotak ingatanmu,
aku ingin kau tahu satu...
Hatiku Rindu saat bersamamu.......

Monday, October 22, 2012

Semarakkan Cinta

Dlm hubungan suami isteri ataupun saat bcinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta d hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips myemarakkan cinta d bwh ini:
1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

cinta..cinta..cinta..

Cinta Itu Tidak Menuntut Kita Menjadi Org Lain….Tetapi Menjadi Diri Sendiri…..Cinta Yg Suci Tidak Menuntut Perubahan Atau Pengorbanan Yg Besar Demi Org Yg Kita Kasihi…..Jika Dia Tidak Dapat Melihat ‘Kecantikan’ Dan Keistimewaan Dalam Diri Kita….Nyatalah Org Itu Bukan Ditakdirkan Untuk Kita...

Cinta Itu Tidak Memerlukan Sebarang Syarat….Cinta Itu Adalah Apabila Kita Dilihat ‘Cantik’ Dimata Org Yg Menyintai Kita Ketika Org Lain Tidak Tahu Di Mana Letaknya Keistimewaan Kita…..Cinta Itu Juga Adalah Suatu Keinginan Untuk Melihat Org Yg Kita Cintai Itu Bahagia Dan Gembira Walaupun Dia Sendiri Tidak Menyedari Akan Kewujudan Kita….Adakalanya Kita Begitu Mencari Cinta Yg Jauh Sehingga Terlupa Akan Cinta Yg Sebenarnya Selama Ini Ada Dihadapan Kita…Memberikan Segala Sokongan….Mengambil Berat Akan Hal Kita….Tapi Sudah Menjadi Adat Manusia…Yg Jauh Asyik Teringat….Yg Ada Di Depan Mata Langsung Tak Terpikat .....

kenapa yerr???..

Erm.. agaknya mungkin sebab  KADANGKALA ORANG YANG PALING MENCINTAIMU ADALAH ORANG YANG TAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA. DAN BILA DIA SUATU MASA HILANG DARI PANDANGANMU….KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI…. 

erm.....

Friday, October 19, 2012

Andai Dia Bukan Milikku

Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

"Ya ALLAH..jika dia milikku,dekatkan lah hati kami.satukan kami di bwah cintaMU..tetapi ya ALLAH..sekiranya dia bukan milikku dan bukan yang terbaik untukku,Kau jauhkan lah kami agar kami tidak menyakiti antara satu sama lain.".....

Wednesday, October 17, 2012

Nasihat cinta.

Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi dan cintai. 
Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. 
Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. 
Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. 

Tetapi..
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.

Saturday, October 13, 2012

Jika kita akan menyintai..

Hati kita sering terusik oleh orang yang berbuat baik atau berbudi kepada kita.
Timbulah cinta, cinta yang dapat membuat kita gembira mlahan sanggup berkorban.
kita cinta kepada ibu bapa yang sudah banyak memberi kebaikan,  kitapun cinta kepada siapa saja yang membuat kita rasa bahagia.
Tapi sesungguhnya semua yang baik hanyalah dari Allah. sedangkan makhluk hanyalah nikmat yang Dia berikan kepada kita.
Oleh karena itu jikalau kita akan menyintai, maka cintailah Allah dan nikmat yang diberikanNYA iaitu seseorang yang digelar sebagai insan yang diciptakan untuk kita.
Dialah Allah,  Maha Pencinta.
Dialah Allah yang layak kita cintai dengan sepenuh hati.

Friday, October 12, 2012